PERATURAN MENGGUNAKAN NOTEBOOK / LAPTOP DI SEKOLAH


1.     Pelajar Tingkatan Enam / Pra-U sahaja yang dibenarkan membawa dan menggunakan komputer peribadi (notebook) ke sekolah.
2.     Komputer peribadi hendaklah didaftarkan dengan pihak sekolah.
3.     Penggunaan komputer peribadi adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:
3.1.          Komputer peribadi yang dibawa ke sekolah hendaklah digunakan untuk tujuan ilmiah sahaja iaitu seperti:
3.1.1.         Menaip kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru
3.1.2.         Menaip dokumen yang berkaitan dengan kokurikulum sekolah
3.1.3.         Menaip tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran
3.1.4.         Melayari internet bagi mendapatkan maklumat akademik.
3.2.          Pelajar dibenarkan membawa broadband sendiri dengan syarat penggunaan broadband hanya untuk tujuan pembelajaran seperti di para 3.1.1 hingga 3.1.4. Pelajar juga perlu mendaftarkan broadband masing-masing kepada pihak sekolah.
3.3.          Pihak sekolah berhak untuk memeriksa kandungan fail di dalam komputer pelajar.
4.     Perkara-perkara yang dilarang adalah (Semasa dalam kawasan sekolah):
4.1.          Menggunakan komputer peribadi untuk berhibur seperti mendengar muzik, memuat turun muzik dan video atau menonton video, bermain game dan seumpamanya semasa berada dalam kawasan sekolah.
4.2.          Melayari laman web pornografi atau berkongsi bahan-bahan pornografi dan yang seumpama dengannya (Kesalahan berat)
4.3.          Menggunakan komputer untuk menyebarkan fitnah yang boleh mengancam dan menjejaskan keselamatan awam.
4.4.          Melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan seumpamanya.
4.5.          Melayari laman web berbentuk hiburan atau dan seumpamanya.
5.     Tindakan-tindakan terhadap pelanggaran peraturan tersebut:
5.1.Kesalahan kali pertama: Pelajar akan diberi amaran.
5.2.          Kesalahan kali kedua: Amaran dan pelajar dilarang membawa laptop dalam tempoh tertentu.
5.3.Kesalahan ketiga: Komputer akan disita dan ditahan selama 2 minggu
5.4.          Kesalahan berat; Komputer akan dirampas dan disimpan pihak sekolah. Perisian  / program / fail yang dilarang akan dihapuskan. Ibubapa dan pelajar hendaklah berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 2 minggu selepas komputer disita.
5.5.Markah demerit dikenakan bagi semua kesalahan yang dilakukan.
6.     Peraturan penggunakan komputer peribadi laptop/notebook adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
7.     Pihak sekolah berhak mengubah peraturan-peraturan penggunakan komputer peribadi laptop/notebook di kawasan sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelajar.

Polis siasat jual baucar

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2012/01/25

pix_gal0
KPT akan buat laporan supaya tindakan sesuai diambil ke atas pelajar IPT jual, lelong BB1M

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa itu menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi internet.

Pemberian baucar buku 1Malaysia SMK Kuala Penyu Sabah


 Terima kasih kerajaan Malaysia kerana telah memberi baucar RM 200 ini
  Cepat-cepat beli buku yang perlu sebelum Baucar anda luput............


Di harap kawan-kawan menggunakan baucar ini dengan baik....hehehehe lepas ni tiada lagi alasan tiada buku.....

PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)




GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Sumber  : http://www.mohe.gov.my/