PERATURAN MENGGUNAKAN NOTEBOOK / LAPTOP DI SEKOLAH


1.     Pelajar Tingkatan Enam / Pra-U sahaja yang dibenarkan membawa dan menggunakan komputer peribadi (notebook) ke sekolah.
2.     Komputer peribadi hendaklah didaftarkan dengan pihak sekolah.
3.     Penggunaan komputer peribadi adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:
3.1.          Komputer peribadi yang dibawa ke sekolah hendaklah digunakan untuk tujuan ilmiah sahaja iaitu seperti:
3.1.1.         Menaip kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru
3.1.2.         Menaip dokumen yang berkaitan dengan kokurikulum sekolah
3.1.3.         Menaip tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran
3.1.4.         Melayari internet bagi mendapatkan maklumat akademik.
3.2.          Pelajar dibenarkan membawa broadband sendiri dengan syarat penggunaan broadband hanya untuk tujuan pembelajaran seperti di para 3.1.1 hingga 3.1.4. Pelajar juga perlu mendaftarkan broadband masing-masing kepada pihak sekolah.
3.3.          Pihak sekolah berhak untuk memeriksa kandungan fail di dalam komputer pelajar.
4.     Perkara-perkara yang dilarang adalah (Semasa dalam kawasan sekolah):
4.1.          Menggunakan komputer peribadi untuk berhibur seperti mendengar muzik, memuat turun muzik dan video atau menonton video, bermain game dan seumpamanya semasa berada dalam kawasan sekolah.
4.2.          Melayari laman web pornografi atau berkongsi bahan-bahan pornografi dan yang seumpama dengannya (Kesalahan berat)
4.3.          Menggunakan komputer untuk menyebarkan fitnah yang boleh mengancam dan menjejaskan keselamatan awam.
4.4.          Melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan seumpamanya.
4.5.          Melayari laman web berbentuk hiburan atau dan seumpamanya.
5.     Tindakan-tindakan terhadap pelanggaran peraturan tersebut:
5.1.Kesalahan kali pertama: Pelajar akan diberi amaran.
5.2.          Kesalahan kali kedua: Amaran dan pelajar dilarang membawa laptop dalam tempoh tertentu.
5.3.Kesalahan ketiga: Komputer akan disita dan ditahan selama 2 minggu
5.4.          Kesalahan berat; Komputer akan dirampas dan disimpan pihak sekolah. Perisian  / program / fail yang dilarang akan dihapuskan. Ibubapa dan pelajar hendaklah berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 2 minggu selepas komputer disita.
5.5.Markah demerit dikenakan bagi semua kesalahan yang dilakukan.
6.     Peraturan penggunakan komputer peribadi laptop/notebook adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
7.     Pihak sekolah berhak mengubah peraturan-peraturan penggunakan komputer peribadi laptop/notebook di kawasan sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment