Polis siasat jual baucar

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2012/01/25

pix_gal0
KPT akan buat laporan supaya tindakan sesuai diambil ke atas pelajar IPT jual, lelong BB1M

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa itu menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi internet.

Pemberian baucar buku 1Malaysia SMK Kuala Penyu Sabah


 Terima kasih kerajaan Malaysia kerana telah memberi baucar RM 200 ini
  Cepat-cepat beli buku yang perlu sebelum Baucar anda luput............


Di harap kawan-kawan menggunakan baucar ini dengan baik....hehehehe lepas ni tiada lagi alasan tiada buku.....

PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)




GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Sumber  : http://www.mohe.gov.my/


LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 54 DAN HARI MALAYSIA KE 48.

 
Pada 26 september 2011, pihak Buletin Pra Universiti SMK Kuala Penyu telah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat Parlimen P.177,Beaufort.Sambutan ini diadakan adalah untuk melambangkan visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang bersatu - padu dan mempunyai semangat cintakan Negara Berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Hal ini demikian sekaligus dapat mencerminkan rakyat Malaysia yang saling berkerjasama,bermaufakat,berdikari,berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa selaras dengan Moto kemerdekaan ke 54 “1 MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA”.
Acara bermula sejak pukul 6.30 pagi dengan ketibaan kontinjen di tapak tamu lama Pekan Kuala Penyu.Para kontinjen sempat membuat persiapan akhir sebelum bergerak ke astaka utama.
Para kontinjen di ketuai oleh pasukan pancaragam seramai 16 orang dari Kem Lok Kawi dari Rejemen Askar Melayu Diraja (RAMAD).Seramai 41   kontinjen dari pelbagai jabatan,agensi kerajaan,badan Ngo,dan pelajar sekolah.
Pada pukul 7.00 ketibaan para dif-dif kehormat,dan 7.30 pagi pertandingan perbarisan dan lintas hormat di mulakan acara diteruskan dengan menaikan Jalur Gemilang diiringini Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku.
Acara diserikan lagi dengan persembahan Deklimasi Sajak oleh En.Mohd.Zain Bin Hj.Daud.Persembahan deklimasi sajak baik tersebut dapat di hayati dan dirasai.
Mengikut pengamaan saya sambutan kali, ini dilopori oleh golongan muda seperti pelajar sekolah dan belia.Bak pepatah “pemuda tiang Negara, belia harapan Negara”
Dalam ucapan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Masyarakat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Menyeru agar rakyat berkerjasama dan berganding bahu dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara Malaysia,memupuk semangat setia kawan,selain menanam semangat toleransi antara kaum dengan memfokuskan semangat dan selogan “1 Malaysia”Beliau juga yakin melalui cara ini kita akan hidup aman damai dan membangun dengan jayanya di bawah satu bumbung langgit Malaysia sesuai dengan pepatah “Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung”.
Yang amat Berhormat Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin juga merasmikan Gimik perasmian 54 Biji belon keudara simbolik 54 tahun kemerdekaan yang telah kita kecapi.
Dalam sambutan kali ini penyampaian Anugerah Tokoh Merdeka kepada tiga orang yang telah memenuhi kretiria, serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan perbarisan.
Akhirulkalam, sesungguhnya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang merupakan anugerah yang tidak ternilai,kemerdekaan sebuah Negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,ianya terlalu mahal dan amat bermakna sekali terutamanya kepada generasi pasca kemerdekaan yang bakal memimpin Negara kita Malaysia.

26 SEPTEMBER 2011



Disediakan oleh,                                                      
(MUHAMMAD ZAINUL ARIFFIN BIN AMRAN)
PRISEDEN BULETIN PRA UNIVERSITI
SMK KUALA PENYU.