LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 54 DAN HARI MALAYSIA KE 48.

 
Pada 26 september 2011, pihak Buletin Pra Universiti SMK Kuala Penyu telah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat Parlimen P.177,Beaufort.Sambutan ini diadakan adalah untuk melambangkan visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang bersatu - padu dan mempunyai semangat cintakan Negara Berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Hal ini demikian sekaligus dapat mencerminkan rakyat Malaysia yang saling berkerjasama,bermaufakat,berdikari,berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa selaras dengan Moto kemerdekaan ke 54 “1 MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA”.
Acara bermula sejak pukul 6.30 pagi dengan ketibaan kontinjen di tapak tamu lama Pekan Kuala Penyu.Para kontinjen sempat membuat persiapan akhir sebelum bergerak ke astaka utama.
Para kontinjen di ketuai oleh pasukan pancaragam seramai 16 orang dari Kem Lok Kawi dari Rejemen Askar Melayu Diraja (RAMAD).Seramai 41   kontinjen dari pelbagai jabatan,agensi kerajaan,badan Ngo,dan pelajar sekolah.
Pada pukul 7.00 ketibaan para dif-dif kehormat,dan 7.30 pagi pertandingan perbarisan dan lintas hormat di mulakan acara diteruskan dengan menaikan Jalur Gemilang diiringini Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku.
Acara diserikan lagi dengan persembahan Deklimasi Sajak oleh En.Mohd.Zain Bin Hj.Daud.Persembahan deklimasi sajak baik tersebut dapat di hayati dan dirasai.
Mengikut pengamaan saya sambutan kali, ini dilopori oleh golongan muda seperti pelajar sekolah dan belia.Bak pepatah “pemuda tiang Negara, belia harapan Negara”
Dalam ucapan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Masyarakat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Menyeru agar rakyat berkerjasama dan berganding bahu dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara Malaysia,memupuk semangat setia kawan,selain menanam semangat toleransi antara kaum dengan memfokuskan semangat dan selogan “1 Malaysia”Beliau juga yakin melalui cara ini kita akan hidup aman damai dan membangun dengan jayanya di bawah satu bumbung langgit Malaysia sesuai dengan pepatah “Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung”.
Yang amat Berhormat Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin juga merasmikan Gimik perasmian 54 Biji belon keudara simbolik 54 tahun kemerdekaan yang telah kita kecapi.
Dalam sambutan kali ini penyampaian Anugerah Tokoh Merdeka kepada tiga orang yang telah memenuhi kretiria, serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan perbarisan.
Akhirulkalam, sesungguhnya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang merupakan anugerah yang tidak ternilai,kemerdekaan sebuah Negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,ianya terlalu mahal dan amat bermakna sekali terutamanya kepada generasi pasca kemerdekaan yang bakal memimpin Negara kita Malaysia.

26 SEPTEMBER 2011



Disediakan oleh,                                                      
(MUHAMMAD ZAINUL ARIFFIN BIN AMRAN)
PRISEDEN BULETIN PRA UNIVERSITI
SMK KUALA PENYU.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK KUALA PENYU SABAH



Pada 15/9/2011 bersamaan 16 Syawal SMK KUALA PENYU telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilftri untuk warga sekolah SMK KUALA PENYU,pelbagai aktiviti telah dirancang rapi sejak semalam antaranya ialah penyediaan makanan untuk dijadikan juadah aidilfitri kepada pelajar.


Acara dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan diiringi bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Fairus Bin Syamsudin dan acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis  iaitu Ustaz Maraslan Bin Muhammad dan diakhiri dengan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftri.

Setelah itu,Guru-guru dan pelajar dijamu dengan pelbagai menu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.Antara juadah yang disediakan ialah lemang,nasi himpit,satey,dan kuih-raya serta macam-macam lagi yang menyelerakan. Pihak sekolah telah bergotong-royong dalam mendirikan khemah-khemah dan menyediakan 150 batang lemang menjelang keesokan hari.


Sebelum majlis bermula,keadaan cuaca hujan sejak awal pagi lagi namun keadaan tersebut tidak mematahkan semangat pelajar untuk datang dan berhari-raya bersama guru mereka.
Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang baju raya tercantik yang dinilai berdasarkan kritera-kriteria yang dikehendaki.

Melalui Majlis ini,integrasi antara kaum dapat dipupuk dan dapat dilihat daripada pelajar yang mengenakan baju melayu dan baju kurung tanpa mengira bangsa dan agama ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-54 tahun,sekaligus mencapai konsep 1 Malaysia yang menjadi aspirasi negara kita.

ADAB BERDOA UNTUK PELAJAR


 
Sebagai pelajar, setiap usaha anda haruslah disertakan dengan doa. Dalam kehidupan sebagai pelajar, tidak semua yang berlaku dapat anda kawal. Anda tidak akan dapat meneka susunan takdir. Doa memberi ketenangan dan motivasi, serta menyuluh jalan ketika susah dan senang . Kali ini ikutilah beberapa petua tentang adab .

TIPS1; MEMBERSIKAN ROHANI DAN JASMANI .

Kebersihan diri penting ketika anda mahu berdoa. Sebelum berdoa kemaskan dan sucikan diri dahulu. Bersihkan tubuh dan memakai baju yang bersih. Kebersihan jiwa, makanan, minuman dan pakaianlah yang akan menentukan kemakbulan doa anda. Bagi mereka yang beragama Islam, bolehlah mengambil wuduk sebelum melafazkan doa. Mulakan doa dengan memohon ampun kepada tuhan atas segala kesilapan. Pohonlah agar rohani dan jasmani anda di bersihkan .

TIP2; BERDOA DENGAN KHUSYUK 
 
Doa merupakan permintaan seseorang umat kepada Tuhan. Apabila meminta sesuatu, anda harus meminta dengan bersungguh-sungguh. Jika anda berdoa tetapi fikiran merawang jauh ke tempat lain menunjukkan bahawa anda seolah-olah tidak kisah akan kemakbulan doa tersebut. Tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda bersungguh-sungguh mahu doa anda dimakbulkan.

TIP3; MEMAHAMI MAKSUD DOA .

Anda juga harus memahami kandungan doa anda bukan sekadar membaca melulu sahaja. Jika doa anda dalam bahasa ibunda, Arab atau Sanskrit, cubalah cari maksudnya. Apakah guna berdoa jika tidak tahu perkara yang di minta?? Hayatilah maksud doa anda dan selami maksud setiap perkataannya. Apabila anda faham perkataan yang keluar dari mulut anda, doa tersebut akan dekat dengan hati dan moga-moga lebih makbul .

TIP4; MEMILIH WAKTU DAN TEMPAT YANG SESUAI .

Usah berdoa ketika anda terlalu sibuk dan tidak dapat menumpukan perhatian. Carilah waktu yang terluang dan tempat yang sesuai untuk anda berteleku dan berdoa. Hindari kawasan yang bising dan kotor. Carilah sudut yang paling sunyi dan jauh daripada hiruk–piruk, iaitu tempat anda boleh bersendirian. Doa adalah waktu ketika anda berkomunikasi dengan Tuhan. Oleh itu, carilah waktu dan tempat yang sesuai. Dalam Islam, waktu mustajab untuk berdoa antaranya termasuklah sepanjang waktu malam, waktu antara azan dan iqamat, ketika sujud dalam solat dan setiap kali selepas solat .

TIP5; BERDOA DENGAN SERIUS .

Doa perlu dilafazkan dengan serius dan bersungguh–sungguh. Anda perlu menyatakanya dengan usaha dan harapan yang gigih. Doa yang sekadar sebutan di lidah sahaja tanpa usaha adalah dibenci oleh Tuhan dan tidak akan membuahkan kejayaan. Gunakan suara yang lembut, tidak payah bersajak, berlagu atau meninggikan suara. Tuhan akan mendengar permintaan anda walaupun sepotong dua yang sederhana, sopan dan penuh harapan . Bagi pelajar Islam, anda boleh mengikuti buku doa amalan Rasullah SAW atau sahabat Nabi .



DEWAN SISWA JUN 2011

HIKMAH SENYUMAN





Seringkali kita akan di landa perasaan yang bercampur-baur seperti resah,sedih, marah, dan gembira dalam kehidupan sehari-hari. Tidak kira apa- apa pun perasaan yang melanda ketika itu ,sentiasa ukirkan senyuman kerana senyuman mempunyai hikmahnya yang tersendiri.


SENYUMAN SEBAGAI SEDEKAH .
Bertapa beruntungnya mereka yang menjadikan sedekah sebagai amalan harian . Sedekah dapat menggikis sifat tamak dan bakhil dalam diri .Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta benda atau wang ringgit , bahkan senyuman merupakan sedekah . Seperti mana yang telah di riwayatkan dari Ahmad ;
Daripada Jabir Bin Abullah r.a katanya ; Rasullah SAW bersabda , “ Tiap- tiap perkara yang makruf menjadi sedekah . Antara perkara yang Makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa ) bertemu dengan saudaramu ( sesama anak Adam ) biarlah dengan dengan muka yang manis dan ( kalau ada yang meminta air ) hendaklah engkau tuangkan timba mu ke dalam bekas yang di bawanya .” 

Amat mudah untuk mendapat pahala melalui sedekah, hanya perlu bermanis muka atau senyum . Mengapakah kita berasa suka untuk menguntum senyuman kepada saudara seagama dan juga berlainan agama ? sedangkan hal ini yang di tuntut oleh agama . Bolehkan kita memaksa diri kita untuk tersenyum ?? Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun kuta memaksa diri untuk senyum , namun otak kita akan tertipu dan akan menghasilkan hormon kegembiraan . Hal ini akan menyebabkan kita mahu terus tersenyum lagi . Tidaklah kita kira berasa rugi andainya kita tidak menguntumkan senyuman ?? Hal ini demikian kerana kita terlepas untuk mendapatkan pahala walaupun dengan cara yang paling mudah .
SENYUMAN SEBAGAI TERAPI . 


Joseph Addison berkata , “ what sun shine to flowers .Smiles are to humanity .“ Senyuman merupakan kurniaan Allah SWT yang hebat kerana mampu memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan ketenanggan kepada diri sendiri , apabila menjadikan senyum sebagai terapi yang sangat berkesan. Antara praktis yang paling mudah untuk di lakukan untuk tersenyum termasuklah dengan mengimbau memori indah atau dengan melihat gambar si kecil bayi .
Tidak kurang juga yang menyatakan senyuman itu awet muda . Mungkin juga ada kebenaran di sebalik penyataan ini . Hal ini demikian kerana apabila kita senyum, otot – otot di sekitar muka akan teggang .Hal ini akan melambatkan proses penuaaan melalui kenduran otot muka. Bahkan , senyumlah ketika anda sedang bersedih atau marah kerana anda akan rasa lebih tenang dan mampu berfikir dengan lebih rasional . Oleh itu, apa di tunggu lagi ? Senyumlah sekarang !! 

 
DEWAN SISWA OKTOBER 2010