Ada apa dengan kutu...





Ada apa dengan kutu...

Kutu sering dikaitkan dengan sikap yang kurang pembersih.Tetapi ia sebenarnya boleh di tangani dengan pelbagai cara.Jadi,jika anda merasakan anda tidak mahu di lihat sebagai seorang yang kurang pembersih,pastikan anda membaca artikel ini.

Apa itu kutu?
Kutu kepada adalah serangga kecil yang tidak bersayap serta berwarna kelabu atau coklat.spesis prasit ini mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.

Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm(seperti saiz kepala jarum peniti) dan kutu dewasa berukuran sekitar 3mm(kecil sedkit daripada saiz kepala mancis).sebagai tambahan,kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi dewasa kemudian kutu kepala betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.

Adalaah kutu boleh berjangkit?
Gejala ini sebenarnya boleh berjangkit dengan cepat terutamanya apabila kita berada dalam situasi berkumpulan.Kutu tidak mempunyai kemampuan untuk terbang ataupun melompat tetapi ia akan berjangkit melalui sentuhan kepala ke kepala.Hal sedemikaiaan jug berlaku jika berkongsi pakaian,topi,sikat,cadar,selimut, dan bantal.Jangan anda khuatir kerana binatang seperti kucing,arnab dan lain-lain tida dapat menyebarkan kutu dan anda juga tidak akan menjangkiti binatang-binatang tersebuat.


Patut anda ketahui!!!
  • Jika dikaji,sesetangah orang tidak menunjukkan sebarng gejala tetapi sesetengah lagi akan berasa gatal-gatal di kulit kepala.
  • Cara untuk memastikan samada mendapat jangkitan kutu ialaah membasahkan rambut,meletakkan perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup.
  • Rawatan paling selamat ialah “penghapusan kutu”,iaitu satu regim penyikatan.

Cara menengani

Apabila cuba mendaptakan rawatan di klinik,doktor akan mencadangkan penggunaan syampu berubat,krim atau losyen untuk membunuh kutu.Bahan berikut dapati di kaunter farmasi tetapi sebenarnya ia bergantung juga kepada jenis rawatan yang pernah di cuba sebelum ini.Tidak mustahil juga selapas rawatan,kutu masih boleh di dapati kerana penggunaan yang tidak betul ataupun kutu kebal dengan kimia dan sampu.Kerap kali selepas rawatan,kutu akan datang semuala disebabkan ada telur kutu yang tidak dihapuskan sepenuhnya.

Kebiasaannya,rawatan yang berterusan secara berulan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari lebih menjamin keberkesanannya.Cara yang efektif membasuh rambut kerana ia akan menyukarkan kutu begefak buat seketika setiap tiga atau empat kali seminggu.Apabila rambut telah dibasahkan,ia akan lebih mudah untuk menyikatnya.

Anda perlu tenang jika selepas menjalani rawatan selepas dua minggu dan itu bukan petanda anda pengotor.Anda hanya perlu mengambil langkah meneruskan rawatan.

TRAVIA PETUA PENJAGAAN RAMBUT TRADSIONAL

  1. Pati santan adalah bahan penting dalam usaha melebatkan rambut secara tardisional.
  2. Masukkan tiga sudu besar serbuk ke dalam scawaan air mendidih.Kemudian tapiskan Bancuh air dengan bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebaati.Apabila sebaati,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  3. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat.Kemudian campur dengan minyak kelapa.Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam.Basuh rambut dengan syampu dan keringkan.Lakukan seminggu sekali.
  4. Kisar sebiji nanas hingga mnjadi jus.Biarkan semalaman,baulah lumur di rambut selam 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
  5. Ramas daun bunga raya dalam air bersama helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
  6. Setelah selesai makan,basuh tangan hingga bersih.Tangan yang masih basah itu,lapkan pada rambut dengan berselwat tiga kali.

Sumber:(FOKUS SPM OGOS 2011)

No comments:

Post a Comment