ADAB BERDOA UNTUK PELAJAR


 
Sebagai pelajar, setiap usaha anda haruslah disertakan dengan doa. Dalam kehidupan sebagai pelajar, tidak semua yang berlaku dapat anda kawal. Anda tidak akan dapat meneka susunan takdir. Doa memberi ketenangan dan motivasi, serta menyuluh jalan ketika susah dan senang . Kali ini ikutilah beberapa petua tentang adab .

TIPS1; MEMBERSIKAN ROHANI DAN JASMANI .

Kebersihan diri penting ketika anda mahu berdoa. Sebelum berdoa kemaskan dan sucikan diri dahulu. Bersihkan tubuh dan memakai baju yang bersih. Kebersihan jiwa, makanan, minuman dan pakaianlah yang akan menentukan kemakbulan doa anda. Bagi mereka yang beragama Islam, bolehlah mengambil wuduk sebelum melafazkan doa. Mulakan doa dengan memohon ampun kepada tuhan atas segala kesilapan. Pohonlah agar rohani dan jasmani anda di bersihkan .

TIP2; BERDOA DENGAN KHUSYUK 
 
Doa merupakan permintaan seseorang umat kepada Tuhan. Apabila meminta sesuatu, anda harus meminta dengan bersungguh-sungguh. Jika anda berdoa tetapi fikiran merawang jauh ke tempat lain menunjukkan bahawa anda seolah-olah tidak kisah akan kemakbulan doa tersebut. Tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda bersungguh-sungguh mahu doa anda dimakbulkan.

TIP3; MEMAHAMI MAKSUD DOA .

Anda juga harus memahami kandungan doa anda bukan sekadar membaca melulu sahaja. Jika doa anda dalam bahasa ibunda, Arab atau Sanskrit, cubalah cari maksudnya. Apakah guna berdoa jika tidak tahu perkara yang di minta?? Hayatilah maksud doa anda dan selami maksud setiap perkataannya. Apabila anda faham perkataan yang keluar dari mulut anda, doa tersebut akan dekat dengan hati dan moga-moga lebih makbul .

TIP4; MEMILIH WAKTU DAN TEMPAT YANG SESUAI .

Usah berdoa ketika anda terlalu sibuk dan tidak dapat menumpukan perhatian. Carilah waktu yang terluang dan tempat yang sesuai untuk anda berteleku dan berdoa. Hindari kawasan yang bising dan kotor. Carilah sudut yang paling sunyi dan jauh daripada hiruk–piruk, iaitu tempat anda boleh bersendirian. Doa adalah waktu ketika anda berkomunikasi dengan Tuhan. Oleh itu, carilah waktu dan tempat yang sesuai. Dalam Islam, waktu mustajab untuk berdoa antaranya termasuklah sepanjang waktu malam, waktu antara azan dan iqamat, ketika sujud dalam solat dan setiap kali selepas solat .

TIP5; BERDOA DENGAN SERIUS .

Doa perlu dilafazkan dengan serius dan bersungguh–sungguh. Anda perlu menyatakanya dengan usaha dan harapan yang gigih. Doa yang sekadar sebutan di lidah sahaja tanpa usaha adalah dibenci oleh Tuhan dan tidak akan membuahkan kejayaan. Gunakan suara yang lembut, tidak payah bersajak, berlagu atau meninggikan suara. Tuhan akan mendengar permintaan anda walaupun sepotong dua yang sederhana, sopan dan penuh harapan . Bagi pelajar Islam, anda boleh mengikuti buku doa amalan Rasullah SAW atau sahabat Nabi .



DEWAN SISWA JUN 2011

No comments:

Post a Comment